Terma & Syarat
Peraduan Online Percuma ini dianjurkan sepenuhnya oleh 'Layan Movie Online'
Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia,Indonesia,Sinagapura dan Brunei yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi peraturan dan syarat peraduan dan juga keputusan pihak penganjur.
Peserta boleh menyertai peraduan ini setiap hari dengan syarat hanya sekali sahaja untuk setiap hari.
Peserta harus bersetuju membenarkan nama dan gambar mereka disiarkan dilaman social facebook penganjur sekiranya memenangi peraduan ini.
Pihak penganjur berhak menggunakan nama dan gambar pemenang untuk tujuan publisiti atau pengiklanan tanpa sebarang pemberitahuan kepada pemenang, dan pemenang tidak layak untuk menuntut pemilikan atau apa-apa bentuk pampasan atas penggunaan tersebut.
Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan peserta sekiranya pihak penganjur mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa peserta yang terpilih telah melanggar mana-mana syarat dan terma yang telah ditetapkan.
Pihak penganjur berhak untuk menolak sebarang penyertaan tanpa pengetahuan peserta tanpa sebarang sebab.
Pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah peraduan dengan sesuatu yang hampir sama atau dengan nilai yang lebih tinggi jika berlaku kejadian dimana hadiah tidak dapat diperolehi.
Hadiah dimenangi tidak boleh ditukar milik, dan tidak boleh dipulangkan atau ditukar dengan wang ringgit.
Pemenang akan dipilih secara cabutan dengan jawapan yang paling tepat dan jelas.
Peraduan ini juga akan dianggap batal sekiranya tiada sambutan dan kurang peserta.
Keputusan pihak penganjur adalah muktamad. Sebarang pertanyaan atau rayuan tidak akan dilayan.


0 comments:
Post a Comment